Make your own free website on Tripod.com
  Perspektif India

09/12/05

Home
Perspektif Barat
Perspektif Cina
Perspektif India
Perspektif Indonesia
Galeri Photo
Feedback

 

 

                   HOROSKOP DARI PERSPEKTIF INDIA

Sila pilih horoskop anda dibawah. Penjelasan horoskop anda dari perspektif horoskop India akan anda perolehi. Untuk maklumat, horoskop adalah diambil daripada horoskop barat tetapi penjelasan horoskop dibuat oleh pakar penafsir horoskop India.

MENU HOROSKOP ANDA

AQUARIUS PISCES ARIES TAURUS GEMINI CANCER

LEO VIRGO LIBRA SCORPIO SAGITTARIUS CAPRICORN

 

AQUARIUS(KUMBHA)JANUARY 20-FEBRUARY 18 (KEMBALI KE MENU)

Aquarius  2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Tahun ini menunjukkan kejayaan kamu dalam semua bidang yang anda bakal ceburi di masa depan. Mereka yang terlibat dengan perniagaan akan memperoleh keuntungan dalam perniagaannya. Pekerjaan yang baru dan sukar akan membawa kejayaan pada tahun ini. Keuntungan dalam pelaburan merupakan keuntungan dari hasil perkongsian bersaa turut ditunjukkan pada tahun ini.

 Keluarga/Kehidupan Sosial

Mereka yang di dalam percintaan akan menghadapi sedikit tekanan dalam tahun ini tetapi akhirnya segala masalah yang dihadapi akan membuatkan kamu lebih berhati-hati. Mereka yang terfikir untuk menjalani kehidupan bersuami isteri, tahun ini merupakan tahun yang baik untuk mendirikan rumahtangga. Pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai pengalaman akan terus menstabilkan kehidupan mereka dan bergembira dengan perkahwinan tersebut.

 Pendidikan/Pengembaraan

Pertengahan tahun ini, menjanjikan banyak pelajaran yang harus anda kejar. Kejayaan dalam pengakuan temuduga dijamin dalam tahun ini. Pertengahan tahun kedua tidak menjanjikan apa-apa seperti pertengahan tahun pertama.

 Kesihatan

Kesihatan yang baik pada tahun ini berbanding tahun sebelum.

 

PISCES(MEENA)FEBRUARY 19-MARCH 20 (KEMBALI KE MENU)

Pisces  2005 Yearly Horoscope

 Kerjaya/Pendapatan

Berbanding tahun lepas, tahun ini merupakan tahun yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang perlu bagi menambahkan pendapatan kewangan. Anda yang ingin bertukar kerja dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baru. Anda akan menerima akan elaun pada tahun ini.

 Keluarga/Kehidupan Sosial

Pada tahun ini anda terpaksa menempuh rintangan untuk berkahwin dengan orang yang dicintai. Anda yang berfikir untuk berkahwin dinasihatkan supaya tidak menangguhkannya.

 Pendidikan dan pengembaraan

Anda akan memperolehi kejayaan dalam temuduga dan berjaya dalam peperiksaan.

 Kesihatan

Tahun ini kesihatan akan lebih baik berbanding tahun lepas.

 

ARIES(MESHA) MARCH 21-MAY 20 (KEMBALI KE MENU)

 Kerjaya/Pendapatan

Tahun 2005 ini menjanjikan keuntungan dari perniagaan / pekerjaan. Tahun ini juga menunjukkan anda memperoleh sesuatu yang boleh menyebabkan kamu senang lenang. Kesibukan di pejabat menyebabkan peningkatan dalam tanggungjawab anda. Namun tahun ini adalah tahun yang baik untuk memulakan projek baru.

 Keluarga/Kehidupan Sosial

Pada tahun ini orang yang berbintang Aries akan menambahkan hubungan social yang membolehkan mereka menambah kawan baru. Bagi ibu bapa pula mereka harus meluangkan masa bersama anak-anak.

 Pendidikan/Pengemabaraan

Anda berjaya dalam peperiksaan pada tahun ini. Aktiviti pengembaraan juga memberi banyak manfaat pada tahun ini.

 Kesihatan

Tahap kesihatan anda pada tahun ini adalah kurang memuaskan pada pertengahan tahun tetapi anda menjaga kesihatan anda sehingga berjaya.

   

TAURUS(VRISHABH) APRIL 21-MAY 20 (KEMBALI KE MENU)

 Kerjaya/Pendapatan

Mengalami tekanan berkaitan dengan kerja, perniagaan, dan bagaimana untuk membahagikan kewangan perniagaan juga mendapat tekanan di pejabat dan kolej.

 Keluarga/Kehidupan Sosial

Pertengahan tahun 2005 anda membelanjakan kewangan untuk barangan yang tidak diperlukan. Kehidupan sosial anda mengalami kejatuhan dan populariti anda berkurang. Orang yang terdekat dengan anda merancang untuk melakukan konspirasi.

 Pendidikan/Pengembaraan

Untuk berjaya anda perlu bersaing dan untuk permulaan tahun anda perlu tetapkan matlamat.

 Kesihatan

Pertengahan tahun kesihatan anda lembap tetapi pada awal tahun kesihatan anda berada ditahap yang memuaskan.

 

GEMINI(MITHUNA) MAY 21-JUNE 29 (KEMBALI KE MENU)

Kerjaya dan kewangan

Seseorang yang berbintang Gemini akan mencapai kejayaan dalam sesuatu kegiatan yang sukar dan mencabar. Hal ini menunjukkan perubahan dalam perniagaan , kerja atau aktiviti yang akan memberi kebaikan kepada orang tersebut. Anda juga akan menikmati keadaan hidup yang senang –lenang. Mereka jug sibuk dalam pekerjaan yang akan meningkatan status mereka melalui pertambahan tanggungjawab

 Keluarga/Kehidupan Sosial

Kehidupan dalam perkahwinan menunjukkan kestabilan dalam tahun ini. Mereka juga mempunyai masa untuk melancong dan bercuti bersama keluarga. Tahun ini juga untuk menambah kenalan atau kawan baru dan berjaya dalam kehidupan sosial. Tahun ini juga baik dan sesuai untuk memperatkan perhubungan dengan orang sekeliling.

Pendidikan/Pengembaraan

Bagi seseorang yang berbintang Gemini juga, tahun ini baik untuk melanjutkan pelajaran dengan menerima tawaran ke universiti atau institut pengajian lain. Aktiviti pengembaraan juga baik dilakukan pada awal pertengahan tahun kerana pelbagai kebaikan yang akan anda perolehi hasil aktiviti yang diikuti.

Kesihatan

Tahap kesihatan adalah lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

 

CANCER(KARAKA) JUNE 21-JULY 21 (KEMBALI KE MENU)

Cancer 2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Menunjukkan kejayaan terutama bagi sesiapa yang terlibat dengan perniagaan. Pendapatan juga akan meningkat berbanding tahun lepas. Anda akan lebih bertanggungjawab dalam melaknakan tugasan yang diberi bagi meningkatkan kedudukan anda dalam kerjaya.kehidupan sosial anda berjaya dan kebahagiaan ada di sekeliling anda.

Keluarga/Kehidupan Sosial

Anda akan mencapai kejayaan dalam hubungan sosial. Anda juga akan bertemu dengan kawan baru dan hubungan dengan kawan lama semakin kukuh dan erat. Kehidupan bagi seseorang yang sudah berkahwin pula ada dilanda sedikit masalah dan dugaan. Namun bagi yang merancang untuk berkahwin baik diteruskan sahaja.

Pendidikan/Pengembaraan

Akan memperolehi kejayaan dalam pembelajaran dan segala kegiatan yang diikuti.

Kesihatan

Kesihatan kurang memuaskan berbanding tahun lepas.

 

LEO(SIMHA) JULY 22-AUGUST 21 (KEMBALI KE MENU)

Leo 2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Menunjukkan keuntungan dan kejayaan dalam semua bidang. Kamu mengharapkan keuntungan dalam pendapatan dan kejayaan dalam belanjawan kamu. Sesiapa yang bekerja meningkatkan kenaikan pangkat.

Keluarga/Kehidupan Sosial

Keuntungan dari kawan kamu dan persatuan-persatuan. Hubungan perkahwinan menunjukkan stabil dan bahagia berbanding tahun lepas. Tahun ini juga menunjukkan kegembiraan anak-anak.

Pendidikan/Pengembaraan

Pertengahan tahun kedua tahun 2005 menunjukkan kejayaan yang baik dalam pendidikan dan persaingan peperiksaan

Kesihatan

Lebih baik berbanding tahun lepas.

 

VIRGO(KANYA) AUGUST 22-SEPTEMBER 21 (KEMBALI KE MENU)

Virgo 2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Menunjukkan peningkatan belanjawan tetapi pada masa yang sama akan memberi lebih pendapatan dan lebihan hasil pendapatan. Sesiapa yang bekerja akan mendapat keuntungan daripada kerja mereka tetapi ia perlu diikuti dengan peningkatan tanggungjawab

Keluarga/Kehidupan Sosial

Menunjukkan kecemerlangan dalam hubungan sosial kamu. Kamu boleh memperbaiki hubungan lama dan mencari kawan baru.

Pendidikan/Pengembaraan

Menunjukkan keuntungan dari pengembaraan dan kejayaan dalam pendidikan. Sesiapa yang merancang untuk mengembara jauh perlu membuat sesuatu tanpa keraguan.

Kesihatan

Kesihatan yang baik pada tahun ini.

 

LIBRA(TULA) SEPTEMBER 22-OCTOBER 22 (KEMBALI KE MENU)

Libra  2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Tahun ini menjanjikan sesuatu yang baik untuk seseorang yang berbintang libra dalam pelbagai bidang yang diceburi. Anda juga beroleh banyak pengalaman dalam kerjaya atau situasi kewangan pada sepanjang tahun. Selain itu anda juga akan berupaya untuk meningkatkan simpanan. Sesiapa yang mengalami peningkatan dalam kerjaya juga akan mengalami peningkatan dalam tanggungjawab. Bagi yang menimpan hasrat untuk bertukar kerjaya adalah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian dan anda harus menonjolkan diri dalam kerjaya anda

Keluarga/Kehidupan Sosial

Pada tahun ini anda terlalu sibuk dan tidak menyeimbangi keperluan rohani atau keagamaan. Kehidupan sosial anda akan menunjukkan kecemerlangan dan ini akan menjadi petunjuk yang anda akan mendapat ramai kawan baru dalam tahun ini. Perubahan kediaman akan berlaku pada awal tahun yang akan menunjukkan kebijaksanaan anda dalam membuat keputusan.

Pendidikan/Pengembaraan

Anda akan lebih bersungguh dalam usaha mencapai kejayaan. Anda juga dinasihati agar tidak melepaskan apa-apa peluang yang wujud pada tahun ini. Para pelajar juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka

Kesihatan

Tahap kesihatan bagi golongan muda amat memberangsangkan. Bagi golongan tua pula kesihatan mengalami penurunan pada pertengahan awal tahun. Tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan anda diserang selessema dan batuk atau apa-apa masalah kesihatan.

 

SCORPIO(VRISCIKA)OCTOBER 23-NOVEMBER 21(KEMBALI KE MENU)

Scorpio  2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Pada pertenghan tahun menunjukkan lebihan belanjawan melebihi pendapatan. Pada tahun ini simpanan atau pelaburan yang susah.

Keluarga/Kehidupan Sosial

Kehidupan keluarga pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Musuh kamu bakal menindas kamu pada tahun ini dan memberi kamu banyak tekanan dan kesusahan. Kehidupan sosial kamu cemerlang. Kamu akan mendapat baru dan ikatan kawan lama sentiasa erat.

Pendidikan/Pengembaraan

Menunjukkan kejayaan dalam pendidikan sebagai pelajar dan berjaya dalam temuduga

Kesihatan

Perlu berhati-hati semasa memandu. Sesetengah orang perlu lebih berhati-hati untuk mengalami semula batuk dan sejuk pada tahun ini.

 

SAGITTARIUS(DHANU)NOVEMBER 22-DECEMBER 20 (KEMBALI KE MENU)

Sagittarius  2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Pada tahun ini menunjukkan kewangan anda meningkat. Semua keputusan yang berkaitan dengan kerjaya/ perniagaan memberi kesan yang positif. Tahun ini merupakan tahun yang baik untuk memasuki pekerjaan baru. Pada pertengahan tahun kedua telah berlaku peningkatan dalam belanjawan dan anda perlu menyimpan sedikit daripada belanjawan tersebut.

Keluarga/kehidupan Sosial

Tahun ini menunjukkan peningkatan dalam kegiatan social kamu. Anda mendapat sanjungan dalam kumpulan dan kamu mendapat kawan baru, kawan lama kamu lebih menghargai diri kamu. Kamu turut memperoleh kebahagiaan dan kestabilan dalam perkahwinan. Bagi percintaan, hubungan anda berjaya dan harus memikirkan tentang perkahwinan dengan membuat pilihan pasangan hidup.

Pendidikan/Pengembaraan

Tahun ini anda berpotensi untuk menjadi pelajar yang baik. Kejayaan dalam peperiksaan terjamin dan usaha anda yang berkaitan dengan pendidikan memberikan anda keinginan untuk terus berjaya.

Kesihatan

Kamu perlu menjaga kesihatan diri dari segi pemakanan dengan mengurangkan makan makanan yang sejuk

 

CAPRICON(MAKAR) DECEMBER 21-JANUARY 19 (KEMBALI KE MENU)

Capricorn  2005 Yearly Horoscope

Kerjaya/Pendapatan

Seperti juga tahun sebelumnya menunjukkan keuntungan kepada kamu. Ia menunjukkan peningkatan pendapatan. Keuntungan dalam perniagaan dapat ditunjukkan pada tahun ini. Pada tahun ini belanjawan baru perlu dimulakan. Bayaran balik pinjamanjuga mudah untuk sesiapa yang membayar pinjaman.Sesiapa yang mempunyai pekerjaan perlu memikirkan tanggungjawab.

Keluarga/Kehidupan Sosial

Menjanjikan kejayaandalam kehidupan sosial. Hubungan lama dengan kawan lama diperbaiki dan dalam masa yang sama kamu berkawan dengan kamu baru. Ia perlu merancang percutian bersama keluarga unuk merapatkan diri. Kejayaan dalam perkahwinan.

Pendidikan/Pengembaraan

Kejayaan dalam pendidikan dan temuduga

Kesihatan

Lebih baik berbanding tahun lepas.

 

Home | Perspektif Barat | Perspektif Cina | Perspektif India | Perspektif Indonesia | Galeri Photo | Feedback

This site was last updated 09/12/05