![]() |
||
09/12/05 |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Sekiranya anda lebih berminat untuk mengetahui tentang diri anda menerusi perspektif Cina, anda boleh merujuk kepada tahun lahir anda menerusi jadual di bawah untuk menentukan horoskop anda. Klik pada nama horoskop untuk mendapatkan keterangan horoskop. JADUAL HOROSKOP CINA BERASASKAN TAHUN KELAHIRAN
Keperibadian Tikus (KEMBALI KE JADUAL) Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai mengira. Tahun Tikus Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu yang baik untuk berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi disimpan untuk tahun yang datang.
Keperibadian Lembu (KEMBALI KE JADUAL) Dapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak suka berkongsi. Tidak bergemelapan tetapi kuat dan teguh. Tahun Lembu Tahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh kehilangan peluang.
Keperibadian Harimau (KEMBALI KE JADUAL) Bersaing, pemimpin, berani, dan ghairah Tahun Harimau Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu maklumat dengan garang. Bukan waktu baik untuk berjudi. Berjaga-jaga daripada kemalangan.
Keperibadian Arnab (KEMBALI KE JADUAL) Ramah mesra walaupun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat. Tahun Arnab Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik untuk beranak dan bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berhati-hati jangan terlalu mengikut kehendak dan melengah-lengahkan.
Keperibadian Naga (KEMBALI KE JADUAL) Seorang extrovert, suka berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu menjadi tumpuan. Tahun Naga Waktu baik bagi berjimat dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-segala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.
Keperibadian Ular (KEMBALI KE JADUAL) Halus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai mencari maklumat dan menggunakannya dengna cerdik. Perasaan iri hati Tahun Ular Tahun penuh gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perunding rahsia.
Keperibadian Kuda (KEMBALI KE JADUAL) Ramah mesra, sporting, gemarbercakap, seorang penzamin terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966. Tahun Kuda Tahun kestabilan politik dan memperkuat posisi anda. Perjalanan berhati-hati untuk pembaziran.
Keperibadian Kambing (KEMBALI KE JADUAL) Tidak mementingkan diri sendiri, penuh dengan kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik. Tahun Kambing Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan dan cinta.
Keperibadian Monyet (KEMBALI KE JADUAL) Suka menciptakan perkara baru,cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan. Tahun Monyet Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertelingkahan politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan kewangan. Baik bagi spekulasi
Keperibadian Ayam Jaguh (KEMBALI KE JADUAL) Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, berterus-terang. Terlalu bertanggungjawab. Lurus hati dan cekap. Tahun Ayam Jaguh Tahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam percintaan. Perasaan nasionalis tinggi dan melampau.
Keperibadian Anjing (KEMBALI KE JADUAL) Setia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan yang bagus, berfikiran terbuka dan sentiasa berjuang. Tahun Anjing Tahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik untuk kesihatan.
Keperibadian Babi (KEMBALI KE JADUAL) Suka lepak rumah, bersahaja, bermurah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, dan rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya. Tahun Babi Tahun baik bagi perhimpuanan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun yang baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan.
|
This site was last updated 09/12/05