Make your own free website on Tripod.com
  Perspektif Barat

09/12/05

Home
Perspektif Barat
Perspektif Cina
Perspektif India
Perspektif Indonesia
Galeri Photo
Feedback

 

   

                   HOROSKOP DARI PERSPEKTIF BARAT

Horoskop daripada perspektif Barat merupakan penerangan horoskop yang paling digemari oleh para peminat horoskop. Memandangkan keadaan sedemikian, saya juga telah mengumpul sebahagian pandangan-pandangan tentang keadaan semua horoskop oleh para pentafsir horoskop dari Barat. Untuk mengetahui kedudukan horoskop anda, sila pilih horoskop anda dan anda akan mendapat hasilnya di bawah. Maklumat yang dibawah banyak memfokuskan kepada sejauh mana tahap kemarahan(temper) dan keadaan jiwa anda menurut horoskop anda.

 

SILA PILIH HOROSKOP ANDA

AQUARIUS PISCES ARIES TAURUS GEMINI CANCER

LEO VIRGO LIBRA SCORPIO SAGITTARIUS CAPRICORN

 

 

AQUARIUS JANUARY 20-FEBRUARY 18

 

Kamu adalah seorang yang penyabar dan berhati mulia dan anda adalah seorang yang tidak suka untuk hilang kawalan terhadap emosi anda. Adalah merupakan suatu keadaan yang jarang untuk melihat anda marah. Kamu juga seringkali merupakan orang tengah kepada mereka yang terlibat dalam pertelingkahan antara dua pihak. Adalah merupakan hasrat andan untuk menjadi yang terbaik dan betul dari segi sosial dalam tindakan dan kelakuan anda. Namun, sekiranya anda disalah faham, anda akan begitu mudah untuk naik marah. Kamu akan menjerit dan meradang dan kemudiannya meninggalkan situasi tersebut. Namun, kamu akan mengingati dan mendendami salah faham terhadap kamu itu untuk tempoh yang agak lama.

(KEMBALI KE MENU)

 

 

PISCES FEBRUARY 19-MARCH 20

Satu perkara yang boleh disebut tentang anda ialah anda akan menjadi lebih menarik dan menawan apabila anda naik marah. Anda merupakan seorang yang agak sensitif terhadap perasaan orang lain. Oleh itu, adalah jarang untuk anda untuk melukai hati orang lain. Tetapi apabila orang lain berniat untuk melukai hati kamu, maka, keadaan akan menjadi cukup tegang. Kamu akan merajuk sekuatnya dan menggunakan perkataan yang cukup tidak sopan ataupun kasar untuk menggemparkan keadaan dan mengertakkan orang-orang yang menaikkan kemarahan kamu. Daya imaginasi anda berada di kemuncaknya apabila anda naik marah dan kamu mungkin akan menjadi amat dramatis. Ketika kecewa, anda menolak untuk mendengar alasan dan lebih suka untuk keseorangan. Namun apabila hati anda sudah tenang, kamu akan memohon maaf dan merendahkan suara. Dengan sifat anda yang sedemikian, tiada pihak yang akan berasa tersinggung dengan tindakan anda untuk tempoh masa yang agak lama.

(KEMBALI KE MENU)

 

ARIES MARCH 21-MAY 20

Tiada perkara lain nampaknya yang mampu menaikkan kemarahan anda selain daripada keadaan kurangya kawalan displin, tidak setia dan tidak sopan yang menyebabkan anda tidak puas hati dan meradang. Walaubagaimanapun, anda juga dikatakan mudah naik angin khususnya apabila dicabar oleh pencabar ataupun apabila kedudukan anda tergugat. Mereka yang pernah tersinggung dengan anda yang berhoroskop aries tahu bahawa sekiranya tidak menenangkan anda ketika anda marah, anda akan menjadi lebih ganas dan liar. Namun, perkara yang pasti ialah sekiranya pihak lawan atau musuh tenang dan tidak naik marah ketika anda sedang marah, maka dengan mudah ia akan meredakan kemarahan anda. Anda dikenali dengan sifat berani mengaku salah dan cepat memohon maaf menyebabkan anda mudah untuk dimaafkan oleh rakan-rakan anda.

(KEMBALI KE MENU)

 

TAURUS APRIL 21-MAY 20

Anda secara umumnya merupakan golongan yang senyap dan pandai mengawal emosi anda. Agak susah untuk meramalkan apa yang akan mengecewakan anda dan menaikkan kemarahan anda. Oleh itu, apabila anda gagal mengawal emosi anda, rakan-rakan yang lain tidak tahu cara yang sepatutnya untuk membantu anda. Keadaan jiwa anda bagaikan seekor kerbau yang meradang, mereka yang cuba untuk membantu mengawal anda pasti akan merupakan orang yang mengalami kesan daripada kemarahan anda. Anda mudah kecewa apabila kamu risau ataupun apabila orang lain menyalahkan kamu membuat suatu yang salah. Kamu tidak suka untuk diingatkan akan kesalaha yang pernah anda lakukan dahulu. Anda juga merupakan orang yang mudah menaruh dendam apabila dilayan dengan cara yang tidak sepatutnya.

(KEMBALI KE MENU)

 

GEMINI MAY 21-JUNE 29

Anda yang terkenal dengan keupayaan mengawal keriangan dan juga perasaan gembiran anda adalah mudah memahami perasaan marah individu lain. OIeh itu, anda merupakan calon yang terbaik untuk membantu menandatangani masalah ketegangan antara dua pihak apabila berlaku pertelingkahan kerana keupayaan untuk memahami perasaan marah kedua-dua pihak dan dengan tenang anda mampu memulihkan keadaan secara aman dan damai. Tetapi, apabila anda sendiri yang naik marah, anda akan merajuk dan menjerit dan enggan mendengar sebarang penjelasan

(KEMBALI KE MENU)

 

CANCER JUNE 21-JULY 21

Memandangkan anda seorang yang mencintai keharmonian, kasih sayang dan ambil berat tentang individu lain, anda seorang yang tidak gemarkan keadaan yang tidak menyenangkan seperti pertelingkahan.Anda mempunyai nilai toleransi yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi untuk naik marah. Sekiranya seseorang secara tidak rasional ingin menimbulkan masalah kepada kamu, anda tidak akan melibatkan diri dan meninggalkan keadaan tersebut secara sunyi. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak mempunyai kemarahan anda. Ketika anda betul-betul marah, anda kebiasaanya tidak lagi mampu mengawal emosi anda dan juga tiada pengawalan terhadap penggunaan perkataan anda lagi. Tangisan mudah mengalir keluar daripada mata anda dan pihak yang berhati lembut akan memohon kemaafan daripada anda dengan segera.

(KEMBALI KE MENU)

 

LEO JULY 22-AUGUST 21

Di antara 12 horoskop yang anda, andalah merupakan johan dalam pertandingan mengawal emosi anda. Namun, anda juga boleh diklasifikasikan sebagai ketegar, "berdarah" sejuk dan tidak prihatin. Kamu dikatakan kurang spontaniti tetapi anda merupakan orang yang tidak mengendahkan pandangan orang lain. Anda tidak gemar mencipta suasana dan anda tidak akan menghadiri jemputan sekiranya anda kewujudan keadaan yang sukar dikawal. Ketika marah, anda biasanya menggunakan perkataan yang kritikal. Kata-kata yang tidak sesuai kadangkala memalukan pihak sebelah lagi mewujudkan keadaan yang tegang antara kedua-dua anda selamanya.

(KEMBALI KE MENU)

 

VIRGO AUGUST 22-SEPTEMBER 21

Kebanyakan daripada anda biasanya lemah lembut dan anda mampu mengawal sepenuhnya emosi anda tetapi anda yang terlibat dengan masalah keadaan jiwa boleh hilang kawalan dan menjadi ganas dengan mudah. Ketika keadaan menjadi tegang, anda biasanya mudah menjerit dan marah sehinggakan anda mungkin bertindak untuk membuang, memecahkan apa sahaja yang berada dalam lingkungan tangan anda sebagai satu tanda untuk melepaskan geram anda. Anda juga mungkin secara tidak sengaja mencederakan diri anda dengan menghentamkan tangan anda ke atas kaca mahupun ke bahagian dinding. Kamu sepatutnya tidak harus terlibat dalam sebarang pertelingkahan memandangkan anda merupakan orang yang sentiasa kalah dalam perbalahan. Anda mungkin sentiasa merasakan orang lain cuba untuk mempergunakan anda dan langsung tidak menghormati pandangan anda. Apabila dilukai, anda akan menaruh dendam terhadap pihak yang mengecewakan anda selamanya

(KEMBALI KE MENU)

 

LIBRA SEPTEMBER 22-OCTOBER 22

Anda merupakan mereka yang bahagia dalam horoskop kerana tidak ramai yang pernah melihat anda yang dari horoskop ini marah ataupun merajuk tentang sesuatu. Anda amat sedar tentang keadaan diri anda dan imej anda. Anda memahami bahawa kemarahan akan menghancurkan imej anda dan memburukkan personaliti anda. Anda juga merasakan diri anda melampaui kemarahan. Tetapi lihatlah apabila anda melibatkan diri dalam tindakan membanggakan diri sendiri, hanya orang yang intim dengan anda akan mengetahui bahawa sebenarnya kemarahan anda adalah tiada tolok bandingannya dikalangan horoskop apabila anda betul-betul sudah meletup. Apa yang buruknya ialah anda sendiri pun tidak mampu untuk membayangkan betapa buruknya ataupun anda sendiri pun tidak akan mempercayai tahap kemarahan anda sendiri.

(KEMBALI KE MENU)

 

SCORPIO OCTOBER 23-NOVEMBER 21

Sememangya anda tidak akan hilang kawalan terhadap emosi anda sendiri, namun, orang ramai sering memperkatakan bahawa kemarahan anda jelas terpampang dan mudah dikesan sehinggakan anda tidak pernah memberi muka kepada orang yang cuba untuk mempersendakan anda. Anda seorang yang pemilih dalam mencari kawan, rendah dalam nilai toleransi. Daya serangan apabila anda marah adalah dalam gaya lembut kerana anda tidak ingin menyedarkan diri anda bahawa anda sebenarnya sedang marah. Apabila anda dikecewakan, anda kebiasaanya menyalahkan diri anda kerana telah menonjolkan kelemahan diri anda dan tindakan terakhir yang ingin ditunjukkan apabila anda betul-betul kecewa ialah anda telah hilang kawalan ke atas diri anda.

(KEMBALI KE MENU)

 

SAGITTARIUS NOVEMBER 22-DECEMBER 20

Jiwa anda adalah susah diramal dan tidak mampu untuk mengawal sepenuhnya emosi anda. Anda tidak mudah naik marah dan orang lain amat kagum tentang tahap emosi anda walaupun ketika anda dipersendakan. Pada hakikatnya, boleh dikatakan lidah anda kaku apabila anda marah dan anda akan memindahkan kemarahan anda sementara menunggu orang lain untuk menenangkan diri. Kemudian, anda akan menyuarakan hujah anda dan menyakinkan pihak lain dengan cara yang lembut bahawa segala kesalahan dan pertelingkahan yang wujud sebenarnya adalah kesilapan daripada pihak itu tersebut. Anda juga kebiasaannya memutuskan hubungan dengan rakan-rakan yang seringkali melukai dan mengecewakan anda.

(KEMBALI KE MENU)

 

CAPRICON DECEMBER 21-JANUARY 19

Tidak ramai yang mempercayai bahawa orang yang keras kepala dan materialistik seperti anda adalah berupaya untuk menjadi seorang yang begitu sensitif dan begitu tulus dalam hal emosi. Luaran anda adalah begitu teguh dan keras tetapi dalam isi hati anda adalah seorang yang cukup sensitif, satu ciri yang anda berjaya untuk sembunyikan daripada pandangan kasar orang lain. Kamu mungkin akan melihat suatu perkara dengan hati yang marah tetapi anda tidak mungkin akan mengkhianati perasaan anda. Tetapi ada kalanya ada masa yang menyebabkan anda langsung tidak berjaya mengawal perasaan anda. Dalam keadaan sebegini anda akan menjerit dan merajuk sepenuhnya dengan perasaan terlalu amat kecewa dengan  situasi berbanding dengan kemarahan terhadap individu tertentu. Kehilangan kawalan anda mampu untuk memeranjatkan rakan anda yang lain menyebabkan mereka turut berasa serba salah ke atas apa yang dialami oleh anda.

(KEMBALI KE MENU)

 

 

 

Home | Perspektif Barat | Perspektif Cina | Perspektif India | Perspektif Indonesia | Galeri Photo | Feedback

This site was last updated 09/12/05